Ruhaiyah Ibrahim mengalih suara untuk watak Doraemon manakala suara Nobita dibawakan Azizah Mat Jais.

PETALING JAYA: Mereka yang dilahirkan pada sekitar 80an dan 90an pasti mengingati siri animasi popular dari Jepun, Doraemon, mengisahkan persahabatan unik antara robot kucing dari masa depan dengan seorang kanak-kanak lelaki.
Mula disiarkan di Malaysia pada 1988 sehingga kini, ramai tidak mengenali artis alih suara di sebalik suara comel itu kerana kurang pendedahan, individu terbabit antaranya Ruhaiyah Ibrahim, 56, dan Azizah Mat Jais yang berusia 74 tahun.
Kini kehadiran dua insan seni itu mula disedari. Apatah lagi, Ruhaiyah dan Azizah turut “meminjamkan” suara mereka untuk animasi popular lain seperti Dragon Ball, Sailor Moon, Spongebob, Detective Conan, Naruto, Crayon Shin-chan, Robocar Poli, Avatar, CatDog, dan Tom & Jerry.
Mereka juga terlibat mengalih suara drama bersiri…