Hot FM

DUN 3 negeri bubar atau tidak, PAS akan bincang semula, kata Idris



Idris Ahmad berkata, perbincangan itu perlu kerana Majlis Kerja Tertinggi Umno mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini.

PETALING JAYA: PAS akan mengadakan perbincangan semula dalam masa terdekat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diterajuinya.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, perbincangan itu perlu diadakan selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno yang bermesyuarat pada Jumaat lalu mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 diadakan tahun ini.

“Kalau setakat yang sebelum ini kita punya pendirian tidak bubarkan (DUN), tetapi mungkin akan ada perubahan-perubahan itu.

“Kita akan bincangkan dalam masa terdekat kerana keputusan ini parti yang tentukan, sama ada bubar serentak dengan Parlimen atau tidak,” katanya dipetik Bernama selepas merasmikan Majlis Penutup Ijtimak Pondok Se-Malaysia di Pusat Pengajian Pondok…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version