
PETALING JAYA: DUN Selangor belum menerima notis daripada Bersatu berhubung kekosongan kerusi DUN Selat Klang selepas keahlian wakilnya Abdul Rashid Asari terhenti.
Speaker DUN Selangor Lau Weng San berkata, setakat ini Rashid masih kekal sebagai Adun Selat Klang sehingga ada keputusan rasmi dibuat.
“Saya belum menerima sebarang notis dari Bersatu berhubung status keahlian Adun Selat Klang.
“Setakat ini beliau (Rashid) masih Adun, selepas terima notis saya akan ambil masa untuk meneliti perkara berbangkit,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul turut memaklumkan belum menerima sebarang notis rasmi berhubung kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu yang digugurkan keahlian mereka.
Enam Ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan…