

Dunia Islam kini memerlukan lebih ramai ilmuwan yang bukan sahaja memiliki ketajaman ilmu dan kemampuan berhujah malah berupaya menyatukan umat melalui hikmah, akhlak serta pendekatan sederhana dalam mendepani cabaran semasa, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Justeru, baginda menyeru institusi pengajian tinggi, badan penyelidikan serta agensi bahasa dan persuratan agar terus berganding bahu memperkukuh budaya membaca, menulis, berdialog, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan karya ilmiah berkualiti demi memperkasa pembangunan ilmu dalam negara.
Baginda yang juga Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan titah ucaptama di Seminar Pemikiran Yusuf al-Qaradawi di Kuala Lumpur.
Turut berangkat…