
KUALA LUMPUR: Maxis sedia memuktamadkan proses perjanjian langganan saham (SSA) Digital Nasional Berhad (DNB), sejajar dengan terma-terma perjanjian dan menandatangani Perjanjian Pemegang Saham (SHA) bagi pelancaran rangkaian 5G kedua.
Langkah demikian meletakkan Maxis dalam landasan melengkapkan proses SSA awal dan mengambil bahagian dalam pelaksanaan rangkaian 5G kedua, mendahului tempoh masa yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada 2 Jun.
“Maxis menyokong dan komited sepenuhnya terhadap implementasi pantas model dwirangkaian 5G pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Syarikat telco itu berharap dapat memainkan peranan penting dalam memacu agenda digital Malaysia sebagai salah satu peserta utama dan aktif dalam fasa akan datang pelaksanaan 5G negara, termasuk mempromosikan penerimagunaan dan inovasi 5G…