
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) merujuk hasil siasatannya mengenai dakwaan aktiviti ‘pasport terbang’ di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kepada lembaga tatatertib Jabatan Imigresen.
EAIC berkata siasatan terhadap kejadian pada pada 2 Jun 2025 itu mendapati pegawai terlibat memasukkan butiran maklumat seorang penumpang masuk ke Malaysia serta maklumat pasport di dalam sistem MyIMMs tanpa kehadiran penumpang itu di kaunter.
Tindakan pegawai itu tidak mematuhi garis panduan dalam pengurusan kualiti dan prosedur Jabatan Imigresen serta merupakan suatu salah laku di bawah perenggan 24(1)(f) Akta EAIC 2009.
EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan Imigresen dengan syor agar tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai yang…