Hot FM

Ebit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual



Ebit Lew tiba di perkarangan mahkamah litar di pejabat daerah Tenom diiringi beberapa individu yang dipercayai pembantunya, kira-kira 9 pagi tadi.

KOTA KINABALU: Pendakwah terkenal Ebit Lew dihadapkan ke mahkamah di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual, hari ini.

Ebit, 37, tiba di perkarangan mahkamah litar di pejabat daerah Tenom, dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire, diiringi beberapa individu yang dipercayai pembantunya, kira-kira 9 pagi tadi.

Pejabat Daerah dikawal ketat oleh anggota polis sejak berita mengenai pendakwah itu yang bakal didakwa, tersebar sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan turut dijangka mengadakan sidang media selepas selesai prosiding mahkamah terhadap Ebit.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version