Isu & Kontroversi

Pada 20 Ogos lalu, media melaporkan siasatan ke atas pendakwah terkenal, Ebit Lew dilakukan berikutan aduan diterima polis daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.
Artikel Berkaitan: Kes Gangguan Seksual: Pendakwah Terkenal Dipanggil Polis Ke Bukit Aman
Artikel Berkaitan: ‘Fitnah Yang Kejam’ – Isu Dakwaan Gangguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Maafkan Semua
Hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Ebit Lew dan isterinya dipanggil semula untuk dirakam keterangan berhubung kes gangguan seksual.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata percakapan mereka direkod di Bukit Aman, semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Sekadar gambar hiasan
Dalam pada itu, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan bahan di platform media sosial.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang…
