Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ebit Lew minta saya buka pakaian, kata saksi

today4 September 2024

Background


Ebit Lew
Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar perkataan dan gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun 2021.

PETALING JAYA: Seorang wanita memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, meminta supaya dia membuka pakaian dan menunjukkan semua anggota badannya semasa panggilan video.

Wanita berusia 40-an itu selaku saksi pendakwaan kesembilan, berkata pada mulanya, dia tidak menuruti permintaan Lew itu.

“Bagaimanapun semasa panggilan video itu saya terpedaya dan mengikut arahan Lew untuk membuka (pakaian) sedikit demi sedikit (untuk menunjukkan) anggota badan saya,” katanya semasa pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria pada perbicaraan kes itu.

Saksi itu berkata, dia hanya menghantar gambar mukanya yang diambil melalui galeri telefon bimbitnya kepada Lew.

Wanita itu berkata gambar lain, Lew telah mengambilnya melalui tangkap layar semasa panggilan video…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post