Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Eda Ezrin & Den Manjo Rangkul Lagu Kelantan Pertama Di AIM24

today13 September 2025

Background


Kemenangan lagu Cinta Setandan Pisang bagi kategori Lagu Etnik Terbaik menjadi karya berbahasa Kelantan pertama yang berjaya membawa pulang trofi Anugerah Industri Muzik 24 (AIM24).

Lagu Kelantan pertama

Komposer lagu nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo iaitu Eddie Hamid, meluahkan rasa syukur dan terharu dengan kejayaan tersebut.

Malah, pemilik nama Eddie Hamid Adenan, 63, turut memberi bayangan bakal mengeluarkan single baru tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, ini lagu Kelantan Pertama yang menang AIM.

“Tunggu ada sambungan lagu Adik Sayang Abe Sore,”

Sementara itu, Den Manjo berkata, penghargaan utama diberikan kepada rakan duetnya, Eda Ezrin. Selain itu, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan orang ramai.

‘Eda Ezrin, ini untuk anda’

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan terhadap lagu dialek Kelantan. Teruskan menyokong

Bagaimanapun, kelibat Eda atau nama lengkapnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30, tidak kelihatan bagi menerima anugerah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post

Sukan

MESF sasar dua emas MLBB di Sukan SEA 2025

Kuala Lumpur: Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) menetapkan sasaran untuk memenangi dua pingat emas dalam acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) berpasukan lelaki dan wanita pada Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini.

today13 September 2025