Pasangan yang mendirikan rumah tangga semalam ditahan bersama 20 bungkusan plastik disyaki berisi heroin dianggar bernilai RM77,000.

PETALING JAYA: Sepasang pengantin baharu terpaksa “berbulan madu” dalam lokap selepas dicekup di Chikus dekat Langkap, Ipoh, kerana disyaki mengedar dadah.
Pasangan berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hilir Perak ketika menunggu pelanggan di kawasan letak kenderaan masjid pada 12.30 tengah hari.
Ketua Polis Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri, berkata pasangan itu yang mendirikan rumah tangga semalam ditahan bersama 20 bungkusan plastik disyaki berisi heroin dianggarkan bernilai RM77,000.
“Hasil pemeriksaan, polis merampas sebuah beg pakaian dan menemukan dadah disyaki heroin itu yang dianggarkan seberat 9.268kg.
“Dadah ini dipercayai untuk diedar ke luar Hilir Perak dan boleh menampung keperluan…