
SEREMBAN: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Seremban kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat hampir 2kg, empat tahun lalu.
Hakim Rohani Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nur Arif Nur Akil, 26, selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan serta pembelaan dan memerintahkan hukuman penjara berjalan dari tarikh tangkapan pada 2 Sept 2020.
“Sebelum ini mahkamah mendapati kamu (tertuduh) bersalah dan disabitkan atas pertuduhan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Jadi hukumannya, setelah saya mendengar dan menimbang rayuan mitigasi dikemukakan melalui peguam kamu dan hujahan pemberat yang ditimbulkan pihak pendakwaan, saya memutuskan kamu dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh tangkap dan 12 sebatan,” katanya.
Nur…