Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Eddy Bernard Raih Pingat Gangsa Pertama Buat Negara Di Sukan Paralimpik Paris 2024

today2 September 2024

Background


Eddy menghadiahkan pingat gangsa 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) buat negara dengan catatan 11.58 saat (s) pada hari keempat Sukan Paralimpik 2024 di Stade de France.

Meskipun dilahirkan dengan keadaan tangan dengan sebahagian jari bersambung dan kaki kecil di bahagian kanan, atlet dari Beluran, Sabah, itu sentiasa berfikiran positif.

Malah, beliau sering meletakkan dirinya mampu membuat apa yang manusia dilahirkan dalam keadaan cukup sifatnya lakukan.

“Bila lihat orang lebih sempurna fizikalnya boleh buat, saya pun boleh. Saya selalu cuba positifkan diri saya.

“Kadang-kadang pernah rasa rendah diri namun saya cuba alih fikir benda lain dan lawan diri untuk positif…jangan fikir negatif,” katanya kepada Harian Metro.

Bukan sahaja memenangi gangsa, malah beliau turut mencatatkan masa 11.58s yang memecahkan rekod Asia terdahulu milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, Mei lalu.

Sementara itu,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Sukan

Saya bukan ‘Harry Potter’ – Ten Hag

Manchester: Erik ten Hag berkata, beliau bukan ‘Harry Potter’ untuk menghasilkan penyelesaian cepat bagi Manchester United selepas kekalahan 0-3 yang mengecewakan di tempat sendiri bertemu Liverpool.

today2 September 2024