Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Egy Maulana Sudah Bersedia Perkuatkan Indonesia

today24 December 2021

Background
Egy Maulana




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Egy Maulana Vikri yang kini sudah menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Indonesia menegaskan dirinya berada dalam keadaan baik untuk membantu pasukannya bagi menghadapi Singapura pada separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2020, malam esok.

Peluang masih terbuka buat kedua-dua pasukan dalam usaha mereka merebut tempat ke perlawanan akhir selepas terikat 1-1 pada aksi pertama yang menyaksikan Witan Sulaeman dan Ikhsan Fandi masing-masing menjaringkan gol di setiap babak.

Kehadiran Egy pastinya ditagih pengendali Indonesia, Shin Tae-yong dalam memantapkan lagi jentera serangan bagi memastikan pentas final keenam buat skuad Garuda dalam saingan Piala AFF.

Menurut sumber laman sesawang rasmi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), pemain berusia 21 tahun itu sudah mula menyertai sesi latihan pasukan yang diadakan di Stadium Bukit Gombak, Bukit Batok di Singapura…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post