
AYER MOLEK: Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis setelah salah seorang ejen mengundinya diminta meninggalkan pusat undi di Ayer Molek.
Pada sidang media, calon Ayer Molek Mohamad Rafee Ibrahim berkata, hanya ejen pengundian PH diminta keluar oleh ketua tempat pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Katanya, pegawai berkenaan meminta Mohd Nasri Omar meninggalkan kawasan saluran empat di pusat undi SK Bendahara Seri Maharaja, Kandang.
Menurut Rafee, rasional pegawai itu meminta Nasri beredar adalah beliau telah selesai dua jam bertugas.
Namun katanya, dua jam adalah tempoh minimum tugas seorang ejen mengundi, bukan maksimum.
“Parti lain tak kena halau, PH sahaja diminta keluar. Pelik juga,” tambahnya.
Kata Rafee lagi, selama setengah jam, PH tiada ejen di saluran berkenaan dan ini menimbulkan kebimbangan wujudnya…