
PETALING JAYA: Rafizi Ramli menyeru ahli politik yang berada dalam pentadbiran sebelum ini meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas ketidakcekapan menguruskan masalah struktur ekonomi lebih awal.
Menteri ekonomi itu dalam “Debat Ekonomi” dengan Ahli Parlimen Bachok Shahir Sulaiman disiarkan Astro Awani, berkata kelemahan ekonomi negara berpunca daripada tindakan ahli politik dan pemimpin sendiri.
“Lebih parah lagi apabila tatakelola yang lemah dan akhlak beramanah di kalangan pemimpin pentadbir dalam ekonomi kita yang semakin terhakis sebelum ini.
“Rakyat pula terpaksa hidup dengan pentadbiran demi pentadbiran yang sudah hilang punca dan tidak fokus untuk menyelesaikan punca-punca masalah ekonomi,” katanya dalam debat disiarkan secara langsung.
Katanya, selepas 20 tahun kelemahan pentadbiran menjadi sebati dengan ekonomi negara, sekali gus…