Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Seperti ramai sedia maklum, akhir-akhir ini harga bekalan makanan dilihat melonjak dengan tinggi. Hal ini secara tidak langsung bukan sahaja memberi kesan orang ramai malah para peniaga restoran yang terpaksa menaikkan harga hidangan.
Sebagai solusi dalam kepada peningkatan harga bekalan makanan, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mencadangkan agar orang ramai mengambil inisiatif dalam menangani isu kenaikan harga barangan ini dengan menanam sayur dan menternak haiwan sendiri.


Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad. Sumber: the star
“Macam kambing, lembu, kerbau dan ayam ia boleh diternak dan ditampung oleh usaha ternakan orang tempatan. Sekurang-kurangnya kita ternak haiwan atau tanam sayur-sayuran untuk sara diri,” katanya.
Cadangan beliau disebutkan ketika hadir di Perak SADC Agrofest Raya di The Treasure di Taman Herba Gopeng semalam. Menurut Datuk Seri…