Site icon Hot FM

Elak bazir makanan, MYSaveFood akan diperluas ke pasar malam


Setakat ini, inisiatif MYSaveFood berjaya menyelamatkan hampir 20 tan makanan daripada dibazir pada Ramadan ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, berkata juadah tidak terjual akan diagihkan kepada golongan sasar memerlukan.

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang memperluas kempen menyelamatkan pembaziran makanan MYSaveFood ke pasar malam seluruh negara selepas Aidilfitri.

Timbalan menterinya, Fuziah Salleh berkata, kempen itu telah mendapat maklum balas positif daripada persatuan peniaga yang bersedia untuk bekerjasama, selain turut melibatkan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Gema).

“Jika kita lihat inisiatif MYSaveFood ini telah menunjukkan kesan positif apabila sejumlah 19.84 tan makanan dapat diselamatkan daripada pembaziran pada Ramadan ini.

“Program ini melibatkan pengumpulan lebihan juadah tidak terjual yang dilakukan selepas waktu berbuka puasa, seterusnya diasing dan ditimbang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version