Beliau berkata kerajaan perlu meneliti secara serius perkara itu kerana dibimbangi cetus ketegangan masyarakat pelbagai kaum.

GEORGE TOWN: Kerajaan akan meneliti peraturan dalaman untuk menangani isu kod pemakaian ditetapkan kepada orang ramai ketika berurusan di pejabat kerajaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.
Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti perkara itu secara serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
“Kerajaan juga harus melihat cara untuk mengawal selia etika berpakaian supaya ia seragam bagi mengelak percanggahan di negeri yang berbeza,” katanya kepada pemberita.
Baru-baru ini, dilaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB) mengenakan kompaun…
