

Polis memperketat kawalan di 13 stesen minyak yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ di Perak, Kedah dan Perlis, bagi mengekang kegiatan ketirisan bahan api bersubsidi.
Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Balveer Singh Mahindar Singh berkata, 57 pegawai polis daripada Briged Utara PGA telah digerakkan ke lokasi-lokasi yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand, iaitu dua di Perak, enam di Kedah dan lima di Perlis.
“Pemantauan Op Tiris 4.0 dilaksanakan secara syif bermula seawal 6.30 pagi dengan kehadiran berterusan anggota PGA di semua stesen minyak yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’, dan penugasan diteruskan sehingga stesen minyak tersebut ditutup,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Balveer berkata, usaha itu penting bagi memastikan bahan api bersubsidi disalurkan kepada…