
PETALING JAYA: Seorang tokoh agama menasihatkan agensi pelancongan supaya tidak bersifat munafik dengan menjanjikan sesuatu yang ‘belum pasti’ kepada bakal jemaah haji sehingga akhirnya diperdaya.
Merujuk penularan kira-kira 300 bakal jemaah haji Malaysia terkandas di Makkah dipercayai diperdaya agensi, Nooh Gadut berkata al-Quran ada menasihatkan umat Islam ‘jangan mencampakkan diri dalam kebinasaan’.
Menurut pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) itu, mengambil kira nasihat terbabit sesebuah agensi pelancongan sepatutnya harus ikhlas, jujur dan melaksanakan janjinya.
Jelasnya, sabda Nabi Muhammad ada menyatakan sifat orang munafik ialah tidak menunaikan janjinya dan dalam konteks itu gagal menyediakan perkhidmatan dijanjikan kepada bakal jemaah.
Bagaimanapun, Nooh pada masa sama…