Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Elak pincang, kendali pengurusan zakat dengan betul, kata PM

today18 February 2024

Background


Anwar Ibrahim berkata kemiskinan tegar, dana pendidikan dan kesihatan juga harus ditangani dengan cemerlang dan jaya.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pengurusan zakat, jika tidak dikendalikan dengan betul boleh menyebabkan kesenjangan juga kepincangan dalam aspek pembahagian bantuan kepada kumpulan sasaran.

Menerusi hantaran di Facebook dan X, perdana menteri memaklumkan beliau telah menyinggung perkara tersebut sewaktu berucap pada Karnival MAIWP 2024, yang juga merupakan salah satu acara sambutan 50 tahun penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini.

“Hatta, pengurusan zakat perlu senantiasa berada di tahap baik dan cemerlang, sementelahan mengelakkan berlakunya pengagihan tidak setara sehingga ada keluarga yang langsung tidak mendapatnya.

“Begitu juga soal kemiskinan tegar, dana pendidikan dan kesihatan, di mana perkara ini juga harus ditangani dengan cemerlang dan jayanya,” katanya.

Terdahulu Anwar merasmikan Karnival MAIWP 2024…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Grand FC muncul juara Piala SAS

Kuantan: Mencatat enam kemenangan dan dua seri mengangkat pasukan Grand FC dari Kedah untuk muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Sultan Ahmad Shah (SAS) 2024 Bawah 14 Tahun di padang Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, di sini semalam.

today18 February 2024