
KUALA LUMPUR: Pegawai perubatan yang diarah bertugas selepas waktu pejabat (membuat lokum) di klinik kesihatan kini boleh menuntut Elaun Lokum pada kadar RM80 sejam berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata perkara itu baharu sahaja diputuskan, sekali gus menyelesaikan isu yang menjadi persoalan dalam kalangan pegawai perubatan sebelum ini.
“Timbul isu tentang bayaran elaun untuk doktor yang membuat lokum dan kami telah memohon dan baru sahaja mendapat kelulusan untuk setiap doktor yang membuat lokum dibayar elaun mereka untuk jam yang mereka lakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (Mou) antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan IHH Healthcare Malaysia.
Sebelum ini, KKM dalam…