Timbalan perdana menteri berkata kenaikan elaun itu melibatkan 9,439 orang PPMS dengan tambahan peruntukan sebanyak RM30 juta melalui Belanjawan 2023.

DUNGUN: Mulai bulan depan, elaun bagi Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS), Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM800 sebulan, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, kenaikan elaun kepada 9,439 orang PPMS di seluruh negara itu melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM30 juta melalui Belanjawan 2023 yang dibentang Perdana Menteri Anwar Ibrahim, semalam.
“Kenaikan elaun ini adalah sebagai penghargaan kepada PPMS yang melaksanakan tugas seperti menyediakan keperluan makan minum, membantu memastikan aspek kebersihan premis dan memastikan keselamatan kanak-kanak dari semasa ke…