Hot FM

Elaun RM2,500 Tingkatan 6 dibayar untuk 3 semester


pelajar tingkatan enam sekolah
Pelajar Tingkatan 6 akan menerima elaun sara hidup lebih RM800 daripada kerajaan bagi setiap semester. (Gambar Bernama)
NIBONG TEBAL:

Elaun sara hidup RM2,500 untuk pelajar Tingkatan 6 akan diagih menerusi tiga semester dalam tempoh setahun, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata, pelajar akan mula menerima elaun pada semester pertama tahun depan sebaik sahaja selesai mendaftar.

“RM2,500 itu bagi tiga semester. Ini bermakna lebih sedikit RM800 untuk setiap semester,” katanya kepada pemberita di Taman Widuri, Sungai Bakap.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan elaun tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Okt, sambil menyatakan ia bakal memberi manfaat kepada hampir 90,000 pelajar Tingkatan Enam seluruh negara.

Jumlah berkenaan setara dengan elaun diberikan kepada pelajar matrikulasi.

Sebelum ini, Anwar ada mengumumkan perancangan elaun itu pada Ogos lalu dengan menyatakan pelajar Tingkatan Enam tidak menerima sokongan kewangan sama, berbanding…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version