Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Elfira Loy Kongsi Keadaan Sebenar Di Tanah Suci, Kesal Video Jemaah Haji Meninggal Bergelimpangan Tular

today23 June 2024

Background

Pelakon, Elfira Loy tampil bersuara berhubung video tular memaparkan jenazah jemaah haji yang meninggal dunia bergelimpangan dan dibiarkan di tepi jalan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, menyelar tindakan individu yang memuat naik video tersebut tanpa mengkaburkan wajah-wajah para jemaah Haji.

“Tak sangka tular video beberapa individu yang merakam dan post video para syahidah yang meninggal ketika melakukan Haji.

“Pertama sekali, kurang menyenangkan sekiranya berkongsi video yang tidak dikaburkan.

“Video itu boleh mengundang fitnah dan juga membawa perkara negatif kepada para jemaah akan datang,” katanya.

Elfira Loy

Dalam masa sama, Elfira berkata sepanjang menunaikan ibadah di sana, dia menyaksikan keadaan sebenar di sana bagaimana pasukan perubatan bertungkus-lumus menjaga keselematan para jemaah Haji.

“Saya menyaksikan secara langsung dedikasi pasukan perubatan berusaha memberi bantuan, bunyi ambulans jadi bukti kerja keras mereka beri rawatan segera kepada jemaah Haji.

“Truk makanan penuh di sana mengedarkan makanan secara adil kepada semua jemaah, termasuk yang tidak mendaftar untuk Haji,” katanya.

“Tahun in langkah kawalan mereka sangat katat, siap guna teknologi AI untuk merancang tindakan yang paling berkesan bagi jemaah Haji,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Sebelum ini, tular video memunjukkan sehelintir jemaah haji yang meninggal dunia bergelimpangan di tepi jalan Arab Saudi.

Difahamkan, lebih 550 jemaah haji meninggal dunia akibat cuaca panas melampau sehingga mencecah suhu 53 darjah celcius.

Artikel Berkaitan: Menangis Ramai Bantu Buat Persiapan, Elfira Loy Kongsi Perasaan Gembira Bakal Tunai Ibadah Haji – “Masih Tak Percaya”

Artikel Berkaitan: Undang Sebak, Netizen Beri Respons Video ‘Pertemuan’ Elfira Loy & Ibu Di Makkah – “Macam Ni Kot Susah Nak Cari Ahli Keluarga Kat Mahsyar Nanti”

Written by: Salma