Site icon Hot FM

Elfira Loy Selamat Lahirkan Anak Sulung

Tahniah buat pelakon Elfira Loy yang telah selamat melahirkan anak sulungnya hari ini di sebuah hospital di ibu negara.

Berita gembira itu turut dikongsi Elfira menerusi laman Instagram miliknya hari ini.

“Syukur Alhamdulillah | 1.10.19.” tulisnya ringkas

Walaupun dijangka akan bersalin pada 9 Oktober, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Binti Mohd Sabri dikatakan telah mengalami kontraksi sejak tengah malam lagi, dan digegaskan ke hospital untuk pengawasan.

Pada jam 5.40 petang, Elfira telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3. 68 kg secara normal.

Apa-apapun tahniah Hot FM ucapkan kepada Elfira dan suami atas kelahiran anak sulung mereka!

Exit mobile version