Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Elisya Sandha Minta Warganet Jangan Masuk Campur Hal Keluarga

today16 March 2023

Background

“Bila duduk rumah mentua ada yang tanya bila nak pindah, bila dah ada rumah sendiri kata saya gaduh pula.”

Demikian kata pelakon Elisya Sandha selepas difitnah bergaduh dengan keluarga mentuanya yang juga penerbit dan pelakon, Sheila Rusly dan Jingo.

Menurut Elisya, tidak ada istilah bermasam muka apabila keputusan untuk hidup berdikari dan tinggal di rumah sendiri dibuat.

Memetik laporan mStar, Elisya atau nama penuhnya, Nur Elisya Sandha Hassan, 24, berkata, dia tertekan dengan tuduhan yang diberikan sehingga menyebabkan keluarga mentuanya juga turut bersedih.

“Apabila sudah berkahwin, mestilah ada rasa nak duduk rumah sendiri dan berdikari. Jadi tidak timbul isu bergaduh dengan mentua saya.

“Saya juga ada maklumkan kepada suami yang saya tertekan sebab ada sahaja orang yang berkata-kata negatif,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

 

Dalam pada itu, aktres ini menegaskan, keluarga mentua amat penting dalam kehidupannya sekaligus berharap orang ramai di luar sana berhenti menyebarkan fitnah mengenai isu ini.

“Anda boleh berkata apa sahaja mengenai saya tetapi jangan cakap soal keluarga. Selepas berkahwin, keluarga mentua juga amat penting dalam hidup saya.

“Dan tuduhan bergaduh dengan mentua itu bagi saya sangat berat. Saya juga tidak melihat ini sebagai kontroversi yang harus diperkatakanΒ  kerana ia adalah satu fitnah,” jelasnya.

Terdahulu, Elisya ada memuat naik Β tangkapan skrin YouTube memaparkan tajuk video berunsur β€˜clickbait’.

β€œSaya tak faham dengan manusia bernama Cik Koci, saya dengan mentua gaduh?? Headline tu pun dah salah, tolong jangan disebbakan nak viewers tinggi buat headline yang TIDAK BENAR.

β€œWhoever this Cik Koci is please remove headline yang salah tu ya. Respect my family,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

 

 

Sumber: Instagram, mStar

Written by: Salma