Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ellie Suriaty Sedang Berkenalan Dengan Lelaki Lewat 30-an

today31 August 2024

Background

Pelakon, Ellie Suriaty mengakui isi hatinya kini sudah dimiliki oleh lelaki berstatus bujang sejak lebih setahun yang lalu.

Memiliih untuk merahsiakan identiti sebenar individu tersebut, Ellie bagaimanapun mendedahkan jejaka berusia lewat 30-an itu turut terbabit dalam bidang seni.

Berkongsi lebih lanjut, Ellie berkata percintaan itu bertahan setelah kekasih hatinya itu boleh menerima anak-anaknya.

“Kami masih dalam fasa mengenali hati budi sebab kita tidak akan betul-betul kena seseorang. Jadi sekarang ini saya hanya menikmati kehidupan saya dan hubungan yang sedang dibina.

“Sebenarnya saya sendiri pun tertanya-tanya kenapa dia nak berkawn dengan wanita yang lebih berusia.

“Saya sendiri pun sukar mempercayai perhubungan ini kerana usia saya sudah 53 tahun, bukannya 35 tahun.

“Cuma dia memang minat wanita yang lebih matang, tidak suka yang kebudak-budakan.

“Tapi apa yang menguatkan perhubungan ini lagi adalah dia menerima anak-anak saya. Kalau dia tolak, saya memang tidak akan teruskan perhubungan ini,” katanya.

Ellie berkata demikian ketika ditemui selepas pementasan hari pertama teater Andak Bertandak yang berlangsung di Kuala Lumpur Performing Arts Centre, semalam.

Ellie Suriaty

Menyerahkan urusan jodohnya kepada Allah, Ellie berkata sebelum hubungan mereka ke peringkat seterusnya dia perlu memastikan ahli keluarga jejaka yang berjaya menakluk hatinya itu boleh menerimanya seadanya.

“Kalau ada jodoh saya terima, tapi jika sebaliknya saya reda dengan ketentuan yang sudah tertulis. Lagipun kita mungkin boleh hidup sekarang, entah esok atau lusa kita sudah tiada.

“Saya tak nak cakap lebih, nanti takut tak jadi. Kalau ada jodoh dengan dia saya okey untuk kembali mendirikan rumah tangga.

“Tapi sebelum melangkah ke fasa seterusnya saya kena pastikan yang keluarga dia boleh terima saya seadanya sebab dia masih bujang,” katanya.

Sekdar info, Ellie mendirikan rumah tangga bersama aktor, Azri Iskandar pada 2003 nampun berpisah pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak, Azrell Omar Azri Iskandar, 20, dan Nur Azreen, 15.

Artikel Berkaitan: Serah Soal Jodoh Pada Allah, Ellie Suriaty Akui Dah Bersedia Nak Kahwin Lagi – “Kalau Ada, Adalah… Saya Tak Memaksa Keadaan”

Written by: Aqilah


Previous post