Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Peminat Kirim Video Ezzrin Loy & Sharifah Rose Jalan-Jalan Di Mall… Ada Warganet Dakwa Mereka Sedang Bercinta?

today25 May 2023

Background

XTRA mendapat kiriman video dihantar seorang peminat menerusi media sosial yang memaparkan kelibat pelakon Ezzrin Loy dan Sharifah Rose berjalan berdua di sebuah pusat membeli-belah.

@xtra_my Kiriman peminat XTRA yang nampak Sharifah Rose & Ezrin Loy jalan-jalan di Pavilion. 👀 Ada apa-apa ke diorang tu? 🤪🙈🥰 #fyp #xtramy #ezzrinloy #sharifahrose #keluar #sama #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – 𝙁𝙧𝙖𝙯𝙤𝙍𝙖𝙯™ – 𝙁𝙧𝙖𝙯𝙤𝙧𝙍𝙖𝙯™

Menerusi video tersebut, adik kepada Elfira Loy dan Rose memakai busana sedondon berwarna putih kelihatan mesra berbual ketika turun eskalator.

XTRA memuat naik visual terbabit di laman sosial dan menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen seakan-akan sudah mengetahui bahawa mereka menjalinkan hubungan cinta.

Ada yang mendakwa pernah melihat mereka berdua berpegangan tangan di di sebuah acara.

“I jumpa dekat event MITEC raya they hold hands.

“Dapat agak dah sebab dorang pakai baju sama colour pergi open house siapa tah.

“Dah tahu lama dah sejak Absolut Bazaar.

“Dah pernah nampak dorang kat Mid Valley last year,” tulis netizen di ruangan komen.

Terdahulu, Ezzrin pernah mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon cantik Rita Nadira tetapi hanya bertahan sekerat jalan.

Written by: Aqilah


Previous post