Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Emma Maembong Mohon Orang Ramai Tak Cetus Spekulasi Isu Perceraian Dengan Suami

today9 October 2024

Background

Pelakon jelita, Emma Maembong mengakui walaupun perceraiannya dengan bekas suami Muhammad Shazli Azhar telahpun diketahui umum, namun hubungan mereka kini masih baik.

Katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, dia tidak mahu berita mengenai percerainnya dipanjangkan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi memandangkan kesihatan mental anak-anaknya menjadi keutamaan.

Malah, aktres itu mengakui pada awalnya dia tidak mahu berkongsi mengenai khabar buruk itu kepada umum, namun demi mengelakkan fitnah mereka terpaksa berbuat demikian.

“Jika diikutkan, kami tidak mahu mengumumkan mengenai perceraian ini kerana tidak mahu memanjangkan isu. Namun, bagi mengelakkan sebarang fitnah, kami sama-sama bersetuju untuk memaklumkan perkara ini.

“Kami berharap semua pihak tidak memanjangkan berita perceraian ini dan tidak mereka-reka cerita yang tidak benar.

“Memandangkan hubungan kami baik-baik sahaja. Apatah lagi kesihatan mental anak-anak kami menjadi keutamaan kami sebagai ibu bapa.

“Bercerai tidak semestinya perlu bermusuh dan bukanlah penamat segalanya,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon drama rantaian Cik Sempurna itu berharap agar dia dan bekas suami diberikan runag dan privasi untuk membesarkan dua cahaya mata mereka selain memohon doa yang baik-baik dari semua peminat di luar sana.

“Ajal, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Kita hanya mampu merancang but He is the best of planner.

“Sekali lagi kami berdua memohon diberikan ruang, privasi untuk kami membesarkan anak-anak kami dengan sihat.

“Terima kasih kerana memahami situasi dan keadaan kami. Mohon doakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

 

Terdahulu, pada 7 Oktober lalu, Emma Maembong mengesahkan rumah tangga yang dibina selama empat tahun bersama suaminya yang juga seorang juruterbang telahpun berakhir.

Bahkan, Emma memaklumkan dia sudah tamat tempoh iddah, namun enggan berkongsi lebih lanjut mengenai butiran perceraian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga 4 Tahun Terlerai, Emma Maembong Sah Bercerai… Selesai Jalani Tempoh Idah

ARTIKEL BERKAITAN:“Muka Basah, Mengilai…” –  Peminat Lelaki Hantar Mantera Sihir, 4 Tahun Emma Maembong Lalui Peristiwa Mistik

ARTIKEL BERKAITAN:Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Aniq harap khabar gembira dari Belanjawan 2025

Kuala Lumpur: Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan menaruh harapan tinggi pada pembentangan Belanjawan 2025 yang berharap pihak kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat menyalurkan dana yang mencukupi kepada persatuan sukan di Malaysia.

today9 October 2024