Usahawan kosmetik jutawan, Datuk Seri Vida akhirnya tampil bersuara berhubung gagal melunaskan bayaran tertunggak ubah suai sebuah bangunan kilang di Shah Alam sehingga kediaman dan empat kereta mewah miliknya disita.
Menyedari namanya menjadi perbualan, Vida menerusi satu kenyataan di Instagram berkata pihaknya sudah melantik peguam bagi menyelesaikan isu tersebut.
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.
“Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang,” tulisnya di kapsyen.
Diva difahamkan gagal membayar baki bayaran memgubah suai bangunan kilang di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor kepada studio berjumlah RM1,060,285 pada 2018 kepada syarikat kontraktor, Ah Design Communation.
Memetik laporan Kosmo, selain rumah tersebut empat kereta mewah turut disita iaitu dua buah Velfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7.
Artikel Berkaitan: Hutang Syarikat Kontraktor Cecah RM1 Juta, Rumah & Empat Kereta Mewah Milik DSV Disita