

Empat perhimpunan parti utama — DAP, PKR, PAS dan Umno — telah pun berlalu. Dalam tempoh singkat, rakyat berpeluang mendengar bagaimana keempat-empat parti ini melihat diri sendiri, menilai lawan, mempertahankan pencapaian dan menyusun langkah menuju PRU16. Masing-masing meyakinkan rakyat bahawa merekalah yang paling kuat, paling relevan dan paling layak dipercayai.
Namun, selepas empat pentas besar itu, dua persoalan tetap kabur. Pertama, dengan siapa sebenarnya mereka mahu memerintah selepas ini. Kedua, dan ini yang lebih penting apakah gagasan bersama yang ingin ditawarkan untuk membawa Malaysia ke hadapan. Tiada satu pun yang benar-benar berani mengunci pilihan gabungannya. Masing-masing menjaga ruang, membaca kemungkinan dan mengelak daripada menutup pintu terlalu awal.
Inilah dalam sains politik disebut politik memburu jawatan (office-seeking) — parti menyusun kedudukan demi gabungan yang menang, bukan demi dasar yang hendak dilaksanakan. Ia bukan fenomena baharu…