Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Enggan Anak Terlibat Dengan Seni, Fatin Afeefa Mahu Anak Jadi Penghafaz Al-Quran

today27 August 2024

Background

Pelakon Fatin Afeefa memaklumkan dia tidak mahu anak-anaknya terlibat dalam bidang seni dek kerana mahu mereka cemerlang dalam bidang akademik dan menjadi penghafaz al-Quran.

Katanya menerusi perkongsian di TikTok, walaupun anaknya menerima banyak tawaran berlakon namun, sebagai ibu dia tidak mahu kedua-dua anaknya itu mengikut jejak langkahnya.

“Tak kisah apa orang cakap, tapi anak-anak saya takkan jadi pelakon.

“Anak saya kena belajar dan hafal al-Quran. Saya tidak akan benarkan anak-anak saya masuk dalam industri,” ulasnya.

Dalam pada itu, sebagai seorang ibu dia mengambil tanggungjawab untuk menentukan masa depan anak-anaknya.

“Anak-anak saya, suka hati saya lah. Walaupun ada tawaran jawapan saya tetap tidak boleh,” jelasnya.

Pada 20 Mei lalu, Fatin mengumumkan telah meninggalkan industri hiburan tanah air demi menghormati permintaan suaminya.

“Selepas kahwin, suami tanya boleh ke tak payah berlakin dan menyanyi? Demi menghormati permintaan suami saya, saya pun jawab boleh sahaja, kerana saya tidak kisah pun dan saya sayang dia. Saya tidak akan berlakon lagi, tidak akan menyanyi lagi.

“Tapi saya minta juga kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung.

“Sekarang ini saya lebih suka duduk dekat rumah. Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi saya rasa tenang sahaja perasaan. Hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu, tiada tekanan,” katanya ketika ditemui XTRA.

 

Sumber: mStar

Written by: Salma