Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketika ini, program vaksinasi sedang giat dijalankan bagi mencapai ‘herd immunity’ dan pelbagai kelonggaran telah diberikan kepada mereka yang lengkap 2 dos vaksin.
Menurut laporan, seramai 779 guru di Johor dilaporkan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 dan sesi kaunseling sedang dijalankan untuk memujuk mereka.
Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Madzlan Bujang berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan memberi penerangan tentang kebaikan vaksin agar golongan guru tersebut bersedia untuk menerima suntikan.
Malah, Madzlan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa juga memberitahu bahawa JPNJ menyokong penuh kerjasama antara kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi memastikan program vaksinasi mencapai 100 peratus.
Sehingga 19 Ogos, seramai 45,448 guru di Johor sudah menerima dos pertama. Berdasarkan statistik, seramai…