
PETALING JAYA: MCA menegaskan kelantangannya mengkritik pemerintah adalah tanggungjawab kepada rakyat justeru rakan komponen Pakatan Harapan-Barisan Nasional yang membentuk kerajaan perpaduan tidak perlu ‘sentap’.
Ketua Penerangan Pemuda, Neow Choo Seong, berkata ‘keteguhan MCA sebagai pembangkang dalam kerajaan’ adalah mesej jelas yang parti itu tidak rela dianggap alat untuk menjaja hubungan baik Umno-DAP, sebaliknya mahu dilihat berperanan semak dan imbang.
“Cermin diri dulu kerana kritikan itu biasa. Kalau sekadar nak menghina, lebih baik simpan dan fikirkan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu BN,” katanya kepada FMT.
Sambil…