Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Enggan jawab ‘keluar PN’, Gerakan ‘sekolahkan’ PAS dasar gabungan

today29 July 2024

Background


oh tong keong
Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong berkata pihaknya menghormati rakan komponen Perikatan Nasional. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Oh Tong Keong enggan mengulas kenyataan pemimpin PAS yang parti itu tidak mempunyai halangan jika Gerakan mengambil keputusan keluar Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, timbalan presiden Gerakan itu mengingatkan sekutunya mengenai dasar gabungan iaitu agenda kesederhanaan serta menjaga kepentingan seluruh rakyat.

“Jadi PAS juga hendaklah menghormati Gerakan dalam usaha membela kaum Cina dan India dan bahasa ibunda mereka.

“Saya harap PAS mesti mengingati tujuan dan matlamat penubuhan PN adalah untuk kepentingan semua rakyat Malaysia, jangan mengabaikan hak kaum lain dalam usaha mementingkan kaum Melayu dan agama Islam,” katanya kepada FMT.

Oh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah yang partinya terbuka jika Gerakan keluar PN susulan perbezaan pendapat berhubung kontroversi dana sekolah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post