
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor yang enggan memohon maaf kepada pengasas Berjaya Vincent Tan seperti dituntut, menegaskan beliau akan mengemukakan bukti menyokong dakwaannya berkaitan projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa beliau memiliki dokumen yang akan didedahkan kepada umum dalam waktu terdekat.
“Tak (minta maaf), kes itu sedang berkembang dan dokumen-dokumen sedang didedahkan, kita tengok sehari dua lagi. Itu sahajalah,” katanya kepada pemberita selepas satu majlis di Alor Setar, menurut Malaysia Gazette.
Semalam, Vincent dan syarikatnya Berjaya Land Berhad memberi tempoh sehingga hari ini untuk Sanusi memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan berunsur “fitnah” mengenai projek SMG.
Jika gagal berbuat demikian, mereka akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Sanusi.
Vincent dan Berjaya Land turut menuntut pampasan…