Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Enggan Panjangkan Kontroversi Aliff Aziz & Intan Najuwa, Bella Astillah Tiada Niat Larikan Diri

today16 July 2022

Background

Selepas terkait dengan aksi mesra melibatkan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan aktres Intan Najuwa baru-baru ini, pelbagai persoalan timbul sehingga ada yang mengaitkan tentang ‘cerita lama’ penyanyi itu.

Justeru, enggan memanjangkan kontroversi terbabit, isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah tampil memberikan penjelasan mengenai pihaknya yang kelihatan berdiam diri selepas isu terbabit.

Menurut Bella, dia dan suaminya langsung tiada niat untuk melarikan diri dari memberi kenyataan mengenai perkara itu namun ketika ini tumpuan mereka lebih kepada anak-anak memandangkan keadaan kesihatan mereka tidak baik.

“Saya minta maaf, bukan tak nak bagi respon tapi anak-anak sedang dimasukkan ke hospital akibat demam panas. Jadi fokus kami kepada mereka dan tidak kepada isu ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

 

Terdahulu, tular sebuh video yang memperlihatkan aksi mesra antara Aliff Aziz dan Intan Najuwa sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Malah, ada yang tampil memberi peringatan supaya Aliff tidak mengulangi kesilapannya dahulu dan menjaga hati isterinya itu.

Bagaimanapun, isu tersebut akhirnya terjawab apabila Intan tampil memberikan respon dan memaklumkan ‘aksi mesra’ itu adalah untuk penggambaran drama terbaru mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:β€œIngat Apa? Nak Peluk Saja-Saja Ke?” – Aksi Mesra Dengan Aliff Aziz Tular, Ini Reaksi Intan Najuwa

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] β€œUjian Untuk Dia Juga..” – Berpelukan Dengan Intan Najuwa, Netizen Mohon Aliff Aziz Jaga Hati Isteri

 

 

Sumber: Mstar

Written by: Aqilah