Drama fenomena Rindu Kasih 2 telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan pelbagai kejutan dipaparkan dalam episod akhir, semalam.
Pengakhiran yang cukup tragis apabila orang-orang tersayang Salina lakonan Ummi Nazeera pergi meninggalkan dirinya sendirian.
Ternyata lakonan mantap Ummi Nazeera memberi kesan yang cukup mendalam kepada penonton apabila anak lelakinya, Fayyad disahkan meninggal dunia.
Kesedihan turut dirasai Salina apabila dikejutkan dengan berita suaminya, Amir lakonan Izzue Islam turut mati dibunuh oleh Hisyam pada masa sama.
Namun, penonton juga ibarat puas apabila menyaksikan watak Halijah lakonan Fazlina Ahmad Daud turut meninggal dunia apabila terjatuh ke dalam sungai di akhir cerita.
Selepas Hisyam ditangkap polis, Murni juga mengambil keputusan bakal menuntut fasakh terhadap suaminya, Hisyam.
View this post on Instagram
Menjengah ke media sosial, rata-rata penonton turut merasa emosi menonton episod akhir tersebut.
Rata-ratanya tidak menyangka pengakhiran seorang Salina begitu tragis apabila kehilangan anak dan suami pada masa yang sama.
Malah, ramai juga yang bermandi air mata melihat derita yang ditanggung Salina sehingga menerima takdir demikian rupa.
Dalam pada itu, ramai juga turut memuji semua pelakon yang telah menjayakan sekuel kedua ini dan menyifatkan karya arahan Pali Yahya itu adalah karya terbaik.
Rindu Kasih 2 menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.