Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Erling Haaland akhirnya rasmi diumumkan sebagai pemain Manchester City. Berita perpindahan Haaland ke City sudah pun banyak diperkatakan sebelum ini.
Cuma proses akhir iaitu pengenalan pemain mengambil masa agak lama kerana Haaland berada di kem kebangsaan pasukannya dalam tugasan antarabangsa.
HManchester City secara rasminya memuktamadkan perjanjian dengan Borussia Dortmund untuk penyerang sensasi Erling Haaland beberapa minggu yang lalu.
Pada akhir musim lalu, peemain dari Norway itu memberitahu Dortmund tentang hasratnya untuk menyertai Manchester City.
Wakil Manchester City iaitu Ferran Soriano kemudian memberitahu Dortmund bahawa mereka mahu mengaktifkan klausa pelepasan pada kontrak Haaland.
Di mana klausa tersebut aktif bermula Januari 2022 yang lalu.
Kini Haaland secara rasmi sudah mengikat perjanjian dengan Manchester City. Perkara itu diumumkan oleh kelab secara…