Pasangan selebriti, penyanyi Ernie Zakri dan Syamel sering menjadi tumpuan ramai di media sosial, lebih-lebih lagi kecomelan anak perempuan mereka, Nur Khawla Soleha yang sentiasa mencuit hati ramai.
Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, penyanyi bersuara lunak ini berkongsi bibit-bibit manis bersama Khawla serta karakter anaknya yang digambarkan sebagai seorang periang itu.
Khawla Seorang Yang Ramah, Ikut Syamel!
“Karakter Khawla sangat warm to people, sangat suka dan happy bila berjumpa orang.
“Saya bukan tak pandai berborak, cuma pemalu.
“Dia sendiri akan pergi dekat semua orang dan tegur, hulur tangan nak salam. Sikap dia yang mesra alam ni ikut ayah dia. Suka berborak.
“Tapi dalam masa yang sama saya akan pastikan dia tahu tak semua orang yang kita tak kenal boleh salam, bimbang bakteria.

Khawla Manja Dengan Syamel
“Khawla sangat manja, suka merajuk dengan ayah dia. Mungkin sebab dia tengok saya. Yela, kadang-kadang kita suka berlakon dengan suami merajuk, jadi dia tengok dan ikut.
“Apa pun, saya nak dia rapat dengan Syamel, sebab saya tahu kita anak perempuan ni dengan ayah ada special bond. Jadi saya tak nak Syamel dan Khawla ada boundaries, bila dia besar nanti boleh cerita apa-apa.

Mengandung Lagi? Ernie Tunggu Khawla Besar
“Ramai juga yang merasakan saya dah mengandung. Belum lagi. Saya sebenarnya nak tunggu Khawla besar sikit lagi bila dia dah boleh memahami baru saya akan mengandung.
“Sekarang ni dia masih sedang memahami jadual ibunya yang bekerja. Brain dia tengah process a lot of things. Saya nak dia cukup dapat kasih sayang kami berdua,”

Sekadar info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha, 22 Februari 2022.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Apa Salah Anak Saya?” – Kesal Anak Terima Komen Negatif, Ernie Zakri Hadkan Kongsi Perkembangan Khawla Soleha Di Media Sosial