Primadona Filem Melayu, Erra Fazira memaklumkan bahawa dia telah dirisik oleh keluarga bakal suami iaitu Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E, enam minggu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sah! Erra Fazira & Mr E Naik Pelamin 12 Disember Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mr. E Ingin Segera Sunting Erra Fazira Sebagai Isteri – ‘Benda Yang Baik Kena Cepatkan’
Cincin tanda

Ketika ditemui OhBulan!, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, berkongsi bahawa perbincangan yang serius bersama Mr E dilakukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk meneruskan perhubungan mereka.
Kedua-dua keluarga kami sudah bertemu enam minggu lalu untuk menghantar cincin tanda.
Sebelum itu, kami berdua berbincang terlebih dahulu dan apabila semuanya sudah yakin dan pasti, barulah kami berjumpa dengan keluarga masing-masing.
Erra berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran single dan tayangan perdana lagu ‘Cinta Abadi’ yang berlangsung di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur pada…