Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

ETS lewat akibat kecurian kabel, Ahli Parlimen cadang pengguna diberi pampasan

today16 November 2026

Background


KTMB
Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) tanya berapa banyak peruntukan yang disediakan untuk tingkat keupayaan KTMB akan digunakan bagi menangani isu kecurian kabel.
PETALING JAYA:

Kerajaan wajar mempertimbangkan pemberian pampasan kepada penumpang yang terjejas akibat kelewatan perkhidmatan tren elektrik (ETS) berpunca daripada kecurian kabel, kata seorang Ahli Parlimen.

Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berkata, penumpang boleh berdepan kelewatan antara satu hingga dua jam, dan kadangkala hanya mengetahuinya selepas perjalanan sudah pun bermula.

“Masalahnya (penumpang) dah masuk dalam tren. Tren itu dah bergerak sampai tengah jalan, (barulah) dimaklumkan oleh kapten ada gangguan komunikasi.

“Saya selalu alami (sebagai) pengguna tegar ETS tiap-tiap minggu,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen PAS itu mempersoalkan sama ada kerajaan bersedia memastikan KTMB serta pihak berkaitan lain…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Elill Easwaran


Previous post