
KUALA LUMPUR: Penggunaan petrol Euro 5 yang akan mula dilaksanakan September tahun depan tidak akan meningkatkan harga bahan api itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata, pelaksanaannya memerlukan pelaburan dibuat oleh syarikat minyak kerana ia langkah berterusan untuk menaik taraf spesifikasi bahan api selain menjaga kualiti udara negara.
“Tetapi harga bergantung kepada sistem pada waktu yang kerajaan nak laksanakan itu, iaitu (ketika) penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Beverly Group, Samjung Tech dan Parktech Solutions.
“Langkah ini lebih kepada untuk pastikan kawalan pelepasan karbon serta kualiti minyak yang lebih baik … jadi dari segi harga petrol di pasaran tidak ada…