Pendaki solo negara sedih kejadian menimpa Awang Askandar Ampuan Yaacub dan Muhammad Hawari Hashim dalam misi menawan gunung tertinggi dunia itu.

SEPANG: “Selalu kita yang tawan Gunung Everest tetapi tahun ini Everest yang tawan kita,” kata pendaki solo negara, T Ravichandran dalam nada sebak mengimbau pengalaman bersama Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub dan pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang.
Allahyarham Awang Askandar, 56, disahkan meninggal dunia pada Jumaat selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest, manakala Hawari, 33, dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi dunia berketinggian 8,848m.
“Tahun…