
PETALING JAYA: Istiadat Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia bagi Ahli Exco negeri Melaka akan diadakan petang esok.
Istiadat mengangkat sumpah berkenaan akan berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini kira-kira jam 2.30 petang.
Menurut laporan Berita Harian, surat makluman mengenai istiadat itu dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri Melaka, ditandatangani Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan, Unit Dewan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Haelmy Mohd Hanifah.
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang menang dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu turut diundang ke istiadat berkenaan.
Turut diundang, enam Ahli…