Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Exco Terengganu pertahan larangan penyanyi wanita di acara kuil

today5 August 2024

Background


Wan Sukairi Wan Abdullah berkata persembahan itu melanggar garis panduan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengenai hiburan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu menafikan mendiskriminasi agama lain susulan laporan penyanyi wanita dilarang membuat persembahan di sebuah kuil baru-baru ini.

Exco negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata arahan tersebut dihantar kepada persatuan kuil Guan Di, melarang penyanyi wanita membuat persembahan semasa sambutan jubli kuil itu kerana acara tersebut diadakan di kawasan terbuka.

Oleh itu, ia melanggar garis panduan hiburan negeri.

Adun Wakaf Mempelam itu juga berkata garis panduan negeri mengenai hiburan dan tempat hiburan yang diguna pakai pada 2022, digunakan dalam kes ini secara adil dan ‘tanpa diskriminasi terhadap mana-mana pihak’.

Wan Sukairi, yang juga exco kesihatan, perumahan dan kerajaan tempatan, menjelaskan bahawa persatuan kuil tersebut memohon permit untuk sambutan mereka kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post