Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Eyka Farhana Bakal Timang Cahaya Mata

today7 February 2026

Background

Pelakon, Eyka Farhana berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sedang hamil anak pertama.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Eyka atau nama lengkapnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 32, memuat naik sebuah video berada di pantai bersama suaminya, pemain bola sepak Akhyar Rashid.

“From two hearts to three, Masya-Allah, Tabarakallah, our greatest blessing is on the way,” katanya ringkas di kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyka Farhana ✨ (@eykafarhana)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli itu.

Terdahulu, Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025 dalam majlis akad nikah tertutup di The Lake Ampang, Kuala Lumpur, selepas hampir lima tahun menyulam cinta.

Written by: Aqilah


Previous post