Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Eyka Farhana Belum Sedia Berhijrah

today16 August 2024

Background
eyka farhana hot fm

“Mungkin perkara itu belum lagi buat saya,” demikian respons pelakon, Eyka Farhana mengaku masih belum bersedia untuk memakai pakaian yang lebih menutup aurat.

Memetik laporan Berita Harian, Eyka menyedari orang ramai mengkritik penampilannya yang dikatakan seksi meskipun selepas pulang dari mengerjakan ibadah Umrah.

“Jujurnya, soal penampilan atau perubahan diri terlalu peribadi untuk diperkatakan. Saya faham pengikut mengharapkan perubahan bila saya pulang mengerjakan umrah seperti memakai tudung dan sebagainya.

“Tapi, mungkin perkara itu belum lagi buat saya. Saya juga mohon maaf jika pakaian saya terlalu berlebihan.

“Insya-Allah, manalah tahu saya akan berubah suatu hari nanti. Manusia kalau nak berubah tak semestinya berlaku bila balik umrah sahaja,” katanya.

Eyka Farhana

Eyka Farhana

Sementara itu, Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menghargai sikap prihatin orang ramai yang tidak pernah penat menegur penampilan seksinya itu.

“Dekat Malaysia pun boleh berubah jika diizinkan. Mungkin orang selalu bercakap soal saya sebab mereka sayang dan ambil berat.

“Saya sangat memahami niat mereka dan tak pernah salahkan mereka.

“Cuma apa yang boleh saya katakan, moga saya akan berubah dan dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Nafi Sedang Buat Persiapan Kahwin Bersama Akhyar Rashid – “Jika Ada Tarikh Rasmi… Saya Sendiri Akan Maklumkan”

Artikel Berkaitan: Didakwa Tak Laku & Takut Hilang Job, Eyka Farhana Nafi Kahwin Senyap-Senyap -“Kalau Boleh Saya Nak Bagitahu Semua Orang!”

Sumber: Berita Harian

Written by: Aqilah


Previous post